Pilihan Bahasa

JOM MELANCONG DI SABAH...

JOM MELANCONG DI SABAH...
Click digambar untuk mengetahui Sabah lebih lanjut

Sabtu, 5 Julai 2014

Mari Makan di Port Dikson


Genting Highland bersama kawan

Pernah pergi ke Las Vegas yang berada di Malaysia... pergilah genting highland anda mesti terasa seperti berada di mini Las Vegas.  Tempat isthirat ini berada di pahang dan 35 km dari selangor. suasananya sejuk dan nyaman semamangnya akan memberi pengalaman yang indah kepada pengunjung. disebabkan ketinggian 2,000m, warga malaysia gemar datang ke sini semata -mata untuk menikmati cuaca seperti di Eropah ..


theme park genting highland dan casino antara paling digemari oleh pengunjung . inilah satu satu tempat judi yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia untuk beroperasi.. saya dan kawan saya pergi sempena harijadi saya ke genting, memang telah bermain puas-puas di theme park ...


minum kopi di Pizza hut memang sedap untuk cuaca sejuk 

tersilap naik keretapi ini..gerak macam kura- kura ..tapi masih seronok juga...


Pirate ship yang  menakutkan... memang laju ia mengayu...

buat posing sementara tunggu untuk naik pirate ship

mainan kanak- kanak mesti nak dicuba

kawan saya dah pergi jauh tapi tak mengerti nak patah balik...

menunjukkan peta map genting theme park...

always safety first..menunggu untuk menaiki bot 

walaupun sejuk degil nak makan aiskrim juga...

menunggu untuk flame ride... basah kuyup selepasnya..

bersedia untuk 'terbang'






Pulau Besar; Besar kuasanya

Pulau besar di Melaka...


Ia bukan sebuah destinasi pelancongan semata- mata, malah ramai ke pulau itu dengan niat suci. sukar untuk saya gambarkan dengan perkataan tentang ketenangan dan kedamaian yang dapat saya rasakan ketika berada di pulau ini. terdapat beberapa tempat menarik di pulau ini. namun makam menjadi tarikkan utama pengunjung disini. 



semuka makam- makan utama yang terdapat di pulau besar dilihat bersaiz panjang dan melebihi ukuran tinggi manusia. keadaan ini boleh disaksikan pada makam Sultan Ariffin, 7 Beradik Sharifah Rodziah, Tok putih dan lain- lain lagi.



Ada pelbagai cerita yang telah dikaitkan dengan saiz makan tersebut. bagaimanapun saiz tersebut tidak menjadi sesuatu yang pelik. ini kerana orang zaman dahulu memang suka memanjangkan saiz kubur seseorang yang mempunyai nama dalam masyarakat untuk menghargai jasanya dan juga untuk memudahkan genenasi akan datang mengenali mereka. 



Untuk ke Pulau besar anda boleh menaiki feri dari jeti anjung batu atau menyewa bot laju di muara sungai umbai Melaka.


Penat jalan kaki ke jeti anjung..bas yang kami naiki berhenti dipersimpangan jalan masuk ke jeti. terpaksa jalan kaki ke dalam untuk menaiki feri

mendukung barang untuk tinggal satu malam di pulau besar

inilah jadual feri jeti anjung ke pulau besar

antara feri yang membawa penumpang ke pulau besar

kami menaiki bot semasa air surut.... boleh nampak cetek..

Kami menaiki bot untuk pergi ke pulau

Pearl Higland pulau kegemaran saya


Pearl Highland atau pulau pinang merupakan antara destinasi popular di Malaysia. terdapat beberapa destinasi yang tidak patut ditinggalkan ketika melancong di pulau pinang. saya pernah ke pulau pinang beberapa kali untuk tujuan melancong dan bekerja. sedangkan pekerjaan saya berkaitan industri perfileman krew saya seringkali ke pulau pinang untuk merakam kecantikan pulau itu, bukan sahaja romentik tapi klasik dan unik dengan gaya tersendiri. antara tempat yang saya paling gemari adalah:

BUKIT BENDERA

Bukit Bendera ialah tempat paling popular di Penang di kalangan pelancong asing dan tempatan. Jika Kuala Lumpur ada KLCC sebagai ikon, Penang mempunyai Bukit Bendera sebagai tempat wajib tuju. Bukit yang 
diteroka oleh *Francis Light sebagai tempat menanam strawberry dan sebagai tempat penjajah British melarikan diri dari kepanasan Penang ini bakal memberikan anda panorama Georgetown dalam iklim sejuk bukit.
Dengan suhu kira-kira 21 darjah Celcius, duduk minum kopi atau makan kacang putih di atas bukit sambil melihat kawasan bandar dan laut Penang memang melegakan.


salah satu spesis bunga yang ada di bukit bendera.. bunga- bunga disini memang nampak segar dan menarik perhatian. memang teringin sangat nak petik bunga ini. tapi seperti biasa pelancong dilarang memetik bunga di bukit ini.







Disini terdapat juga satu kuil india. kami sempat mengkunjungi kuil ini. kuil ini bukan sahaja sebuah tempat ibadat tapi terdapat sejarah yang menarik disebaliknya.


Gambar ini ditangkap Ketika menurun tren di bukit bendera. harga tiket untuk dewasa , pemegang mykad RM8.00 sahaja. bagi dua hala.kanak- kanak dan pelajar sekolah dicaj 4 ringgit sahaja.   pengalamannya amat berbeza ketika menaiki tren ini.. sebab tren ini bukan tren biasa kita naik selalu. ia naik secara  mendatar..memang rasa takut sedikit. tapi tidak perlu risau sebab keselamatan memang ketat. masa menunggu pun tidak la lama . dalam 10 minit je boleh sampai ke bukit bendera.

Harimau Cergas- tapir Malas Di ZOO Melaka

Harimau Cergas -Tapir Malas....


Nak tahu dimana.... ZOO Melaka... ya..!!! itula tempatnya anda boleh lihat gelagat haiwan ini. bukan dua ini sahaja tetapi pelbagai haiwan boleh dilihat di Zoo Melaka. Pada November lalu kami sekeluarga menziarahi abang kandung saya yang tinggal di Melaka. dah lama kami sekeluarga tidak keluar bersama..jadi kami rancang nak ke Zoo Melaka.. Dengarnya Zoo Melaka memang cantik dan haiwan semua comel. selepas perancangan dah dipersetujui semua ahli keluarga, kami bertolak dari Jasin Melaka ke Zoo Melaka yang berada di Jalan Hang Tuah Jaya, Ayer Keroh, Melaka. Nasib baik kawan baik abang saya kerja di zoo jadi kami minta dia belikan tiket dahulu. Malas nak beratur....wink



 kami sampai disana kira -kira  pukul 10.30 padi . selepas turunya tiket sudah ada di tangan kami...he..he jimat masa rasanya... Harganya tak la mahal sangat dewasa RM 15 dan kanak- kanak RM 6. dapat je tiket kami anak- anak semua terlalu teruja nak masuk ke zoo. burung kakak tua hinggala singga semua dapat dilihat..memang seronok... ini dia gambar- gambar yang kami ambil di zoo...


Dah turun dari kereta je pandai berposing... ha..ha . Zoo Melaka ini senang dapat parking.. tak payah la kita tunggu lama- lama. memang tempat parking luas dan selamat..

Burung kakak tua pelbagai warna memang menjadi perhatian orang ramai. anda boleh lihat burung ini sejurus memasuki zoo.. Boleh dikatakan sebagai Ketarikan utama di ZOO.. kalau suka bolehlah kita ambil gambar dengan burung ini. tapi ade sedikit caj dikenakan 




Candit shoot namanye.. memang warna warni sungguh bulu dia.. cantikkan....

Ini tapir yang ajin sedikit.. tengah mandi di kolam mandi persendirian dia.
tah hirau langsung tentang pelancong.. sempat ambil gambar dia bila naikkan muka di ke permukaan air.

Ini dia tapir Malas yang saya katakan tadi.. memang tak bangun -bangun langsung..anak -anak kami memang nak bangunkan dia mahu baling batu pulak..nasib baik ditahankan oleh emak kami.

saya pun tak pasti nama haiwan kerdil ini..kecil sangat..tapi comel.. susah nak ikut gerak geri dia ...


ini kami panggil kancil tapi ade tanduk pula... mungkin keluarga kancil tapi ada nama tambahan lagi ... sempat juga tangkap gambar binatang ini.. 

ini dia Harimau yang rajin.. nasib kami baik ..sebab dapat tengok harimau.katanya ada masa tertentu dia akan keluar kandang..




macam buat fasion show harimau ini... nampak garang tapi pelancong tak paya takut kerana kita akan lihat dari bilik kaca yang selamat.. tapi  ingat dilarang ketuk kaca tersebut..

memang  nampak ganas harimau bintang ini... dia pun tumpang dengan harimau  tau..

rehat seketika selepas makanan tengahari... tempat tinggal dia memang klasik...

kami pun nak jadi harimau..he..he .. ambil gambar dengan sepupu saya...gambar ini free je.. tak de caj.. seronokan..

dah tangkap gambar bila tengak romentik ... haiwan ini tak tahan panas.. sekejap di darat..sekejap di air pulak..

saya memang tak suka buaya.. jadi tak la luangkan banyak masa tengok buaya ini.. sempat ambil gambar je pecut ke tempat lain..



Memang seronok lawatan zoo melaka.. kalau dapat peluang nak pergi sekali lagi..... 

Jumaat, 4 Julai 2014

Sepatah dua kata...

Salam bahagia kawan- kawan  semua !!!

Terima kasih kerana melayari blog saya. blog jomRelaxD'Malaysia adalah sebuah blog yang akan berkongsi pengalaman dan informasi mengenai pusat pelancongan di Malaysia. di sini saya akan berkongsi maklumat yang saya terima melalui pengalaman sendiri, pengalaman kawan serta informasi yang terdapat dalam internet.

Seperti anda semua sedia maklum Malaysia memang sebuah destinasi yang kaya dari kepelbagaian alam semula jadi,makanan dan tradisi. tanpa melengah -lengah jom kita belayar ke dalam blog bagi mencari
syurga .......






Selasa, 24 Jun 2014

Avilion Resort Di Port Dikson

Nak relax...
Mencari tempat yang romantik...?
Ingin bilik resort yang menghadap laut..?


Anda boleh menikmati segala ini di Resort Avillion ,Port Dikson. Resort ini terletak di Negeri Sembilan, Port Dikson. arkitek bangunannya akan mengingatkan kampung nelayan lama memang menarik perhatian . tempatya sunyi dan biliknya selesa. memang sesuai jika mahu relax bersama dengan orang yang tersayang. disebabkan saya tinggal di Kuala Lumpur, saya mahukan sebuah destinasi percutian yang tidak jauh dari kuala lumpur dan ia mesti dekat dengan pantai. selepad berunding dengan suami saya, kami memutus untuk ke avillion resort di Port Dikson. kami menempah bilik yang menghadap taman tetapi secara kebetulan bilik yang kami duduki dapat tengok juga pemandangan laut. untung kami rasa. harga bilik bagi semalam dalam lingkungan 400++. kami tinggal dua malam tiga hari.sarapan dipakejkan. jadi kami tak la bersusah payah untuk bersarapan. sarapan dihidangkan memang sedap dan kenyang. disebabkan kami tidak mahu kemana -mana kebanyakan masa kami luangkan masa kami di bilik dan di tepi pantai dan taman- taman sahaja.


Resort ini memang ada taman haiwan secara kecil -kecilan. ini adalah salah satu arnab yang sempat saya tangkap. pengunjung resort ini suka sangat tengok binatang kerdil ini.... bukan arnab sahaja ayam, burung merpati pun ada.. memang rasa macam tinggal di istana...

ini burung merak.. sesiapa suka melihat burung merak anda bolehla ke resort avillion. sebab disini bukan sahaja anda boleh lihat tapi boleh sentun burung -burung. burung disini tak takut sebab dah terlalu biasa dengan pengujung.. ada juga masa burung ini masuk sampai ke meja buffet kita.. kena jaga- jaga ...

ini bilik yang kami tinggal. memang besar bagi dua orang... tapi cukup selesa bagi pasangan.. bilik mandipun selasa dan ada peti sejuk dan hair dryer di bilik



gambar ini diambil selepas sarapan pagi.. belakang saya adalah spa milik resort avillion.. besar dan memang servicenye bagus..

nak tahu lagi tentang resort ini...? anda boleh melayari di alamat avillionportdickson

Sabtu, 21 Jun 2014

Nasi Kandar Pulau Pinang

Kenal Pulau Pinang..mesti kenal dengan Nasi Kandar... Nasi Kandar tidak memerlukan pengenalan lagi.. entah rahsia apa..memang di penang Nasi kandar sedap sehingga menjilat jari.. tapi  ingat bukan semua nasi kandar di penang sedap.. kita kena pandai pilih kedai mengikut citarasa kita... disini saya mahu berkongsi pengalaman saya makan nasi kandar di pulau pinang. seperti anda semua ,bila pertama kali saya pergi ke pulau pinang  teringin sangat nak makan nasi kandar beratur.. tapi ada dua tiga nasi kandar dengan nama sama pulak. selepas bertanya- tanya orang disana.. kami memutus untuk pergi ke nasi kandar beratur yang berada di jalan kapitan keling sebelah masjid india . Kami sedia maklum kedai itu akan buka pada pukul 10.00 malam sahaja. disebabkan nasihat orang ramai, kami pergi awal supaya tidak mahu berbaris lama.. sesudah sampai ke kawasan itu kami nampak kedai nasi kandar memang sudah buka dan ada orang beli makanan. jam kami baru menunjukan pukul 9.30 malam. maklumlah kami baru untuk kedai itu, ingatkan kedai dah buka awal setengah jam.. tapi yang peliknya kami tengok ramai duduk dibawah pokok tapi tak beratur seperti kami jangkakan.. Perut kami tak mahu kami berfikir lama, terus je ke kedai dan order makanan. harganya 12 ringgit.. agak mahal juga makanan itu bisik hati saya. tapi yang pedihnya makanan... tak sedap seperti disangkakan.. sudah membeli apa nak buat, itulah keluhan kami ketika makan... semasa kami tengah makan tiba- tiba kedai itu mengemaskan barang- barang dan ditempat sama makanan baru dibawah masuk.. dan sekelip mata sahaja orang -orang yang duduk di bawah pokok tadi mula berbaris... bila bertanya sebabnya baru rahsia terbongkar kedai yang tadi kami beli makanan itu bukan kedai nasi kandar beratur.. aduh... apa lagi ... lepaskan makanan ini separuh jalan dan potong trip di baris nasi kandar beratur... satu pengalaman yang saya tidak dapat lupa bila- bila masa..wakakaa.... wakaaa.. 

Inilah barisan yang betul untuk Nasi kandar beratur... 


adik menyuruh mendukung sebab lama menunggu di barisan 

inila kedai yang saya katakan membuka selepas buka selepas pukul 10 malam 

Akhinya dapat juga menikmati rasa nasi kandar beratur..memang harga murah berbanding yang sebelum dan rasa pula memang sedap sehingga menjilat jari...




Makanan di Kuala Lumpur