Pilihan Bahasa

JOM MELANCONG DI SABAH...

JOM MELANCONG DI SABAH...
Click digambar untuk mengetahui Sabah lebih lanjut

Sabtu, 5 Julai 2014

Pearl Higland pulau kegemaran saya


Pearl Highland atau pulau pinang merupakan antara destinasi popular di Malaysia. terdapat beberapa destinasi yang tidak patut ditinggalkan ketika melancong di pulau pinang. saya pernah ke pulau pinang beberapa kali untuk tujuan melancong dan bekerja. sedangkan pekerjaan saya berkaitan industri perfileman krew saya seringkali ke pulau pinang untuk merakam kecantikan pulau itu, bukan sahaja romentik tapi klasik dan unik dengan gaya tersendiri. antara tempat yang saya paling gemari adalah:

BUKIT BENDERA

Bukit Bendera ialah tempat paling popular di Penang di kalangan pelancong asing dan tempatan. Jika Kuala Lumpur ada KLCC sebagai ikon, Penang mempunyai Bukit Bendera sebagai tempat wajib tuju. Bukit yang 
diteroka oleh *Francis Light sebagai tempat menanam strawberry dan sebagai tempat penjajah British melarikan diri dari kepanasan Penang ini bakal memberikan anda panorama Georgetown dalam iklim sejuk bukit.
Dengan suhu kira-kira 21 darjah Celcius, duduk minum kopi atau makan kacang putih di atas bukit sambil melihat kawasan bandar dan laut Penang memang melegakan.


salah satu spesis bunga yang ada di bukit bendera.. bunga- bunga disini memang nampak segar dan menarik perhatian. memang teringin sangat nak petik bunga ini. tapi seperti biasa pelancong dilarang memetik bunga di bukit ini.







Disini terdapat juga satu kuil india. kami sempat mengkunjungi kuil ini. kuil ini bukan sahaja sebuah tempat ibadat tapi terdapat sejarah yang menarik disebaliknya.


Gambar ini ditangkap Ketika menurun tren di bukit bendera. harga tiket untuk dewasa , pemegang mykad RM8.00 sahaja. bagi dua hala.kanak- kanak dan pelajar sekolah dicaj 4 ringgit sahaja.   pengalamannya amat berbeza ketika menaiki tren ini.. sebab tren ini bukan tren biasa kita naik selalu. ia naik secara  mendatar..memang rasa takut sedikit. tapi tidak perlu risau sebab keselamatan memang ketat. masa menunggu pun tidak la lama . dalam 10 minit je boleh sampai ke bukit bendera.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan