Harimau Cergas -Tapir Malas....
Nak tahu dimana.... ZOO Melaka... ya..!!! itula tempatnya anda boleh lihat gelagat haiwan ini. bukan dua ini sahaja tetapi pelbagai haiwan boleh dilihat di Zoo Melaka. Pada November lalu kami sekeluarga menziarahi abang kandung saya yang tinggal di Melaka. dah lama kami sekeluarga tidak keluar bersama..jadi kami rancang nak ke Zoo Melaka.. Dengarnya Zoo Melaka memang cantik dan haiwan semua comel. selepas perancangan dah dipersetujui semua ahli keluarga, kami bertolak dari Jasin Melaka ke Zoo Melaka yang berada di Jalan Hang Tuah Jaya, Ayer Keroh, Melaka. Nasib baik kawan baik abang saya kerja di zoo jadi kami minta dia belikan tiket dahulu. Malas nak beratur....
kami sampai disana kira -kira pukul 10.30 padi . selepas turunya tiket sudah ada di tangan kami...he..he jimat masa rasanya... Harganya tak la mahal sangat dewasa RM 15 dan kanak- kanak RM 6. dapat je tiket kami anak- anak semua terlalu teruja nak masuk ke zoo. burung kakak tua hinggala singga semua dapat dilihat..memang seronok... ini dia gambar- gambar yang kami ambil di zoo...
|
Dah turun dari kereta je pandai berposing... ha..ha . Zoo Melaka ini senang dapat parking.. tak payah la kita tunggu lama- lama. memang tempat parking luas dan selamat.. |
|
Burung kakak tua pelbagai warna memang menjadi perhatian orang ramai. anda boleh lihat burung ini sejurus memasuki zoo.. Boleh dikatakan sebagai Ketarikan utama di ZOO.. kalau suka bolehlah kita ambil gambar dengan burung ini. tapi ade sedikit caj dikenakan |
|
Candit shoot namanye.. memang warna warni sungguh bulu dia.. cantikkan.... |
|
Ini tapir yang ajin sedikit.. tengah mandi di kolam mandi persendirian dia.
tah hirau langsung tentang pelancong.. sempat ambil gambar dia bila naikkan muka di ke permukaan air. |
|
Ini dia tapir Malas yang saya katakan tadi.. memang tak bangun -bangun langsung..anak -anak kami memang nak bangunkan dia mahu baling batu pulak..nasib baik ditahankan oleh emak kami. |
|
saya pun tak pasti nama haiwan kerdil ini..kecil sangat..tapi comel.. susah nak ikut gerak geri dia ... |
|
ini kami panggil kancil tapi ade tanduk pula... mungkin keluarga kancil tapi ada nama tambahan lagi ... sempat juga tangkap gambar binatang ini.. |
|
ini dia Harimau yang rajin.. nasib kami baik ..sebab dapat tengok harimau.katanya ada masa tertentu dia akan keluar kandang.. |
|
macam buat fasion show harimau ini... nampak garang tapi pelancong tak paya takut kerana kita akan lihat dari bilik kaca yang selamat.. tapi ingat dilarang ketuk kaca tersebut.. |
|
memang nampak ganas harimau bintang ini... dia pun tumpang dengan harimau tau.. |
|
rehat seketika selepas makanan tengahari... tempat tinggal dia memang klasik... |
|
kami pun nak jadi harimau..he..he .. ambil gambar dengan sepupu saya...gambar ini free je.. tak de caj.. seronokan.. |
|
dah tangkap gambar bila tengak romentik ... haiwan ini tak tahan panas.. sekejap di darat..sekejap di air pulak.. |
|
saya memang tak suka buaya.. jadi tak la luangkan banyak masa tengok buaya ini.. sempat ambil gambar je pecut ke tempat lain.. |
Memang seronok lawatan zoo melaka.. kalau dapat peluang nak pergi sekali lagi.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan