Pilihan Bahasa

JOM MELANCONG DI SABAH...

JOM MELANCONG DI SABAH...
Click digambar untuk mengetahui Sabah lebih lanjut

Sabtu, 21 Jun 2014

Nasi Kandar Pulau Pinang

Kenal Pulau Pinang..mesti kenal dengan Nasi Kandar... Nasi Kandar tidak memerlukan pengenalan lagi.. entah rahsia apa..memang di penang Nasi kandar sedap sehingga menjilat jari.. tapi  ingat bukan semua nasi kandar di penang sedap.. kita kena pandai pilih kedai mengikut citarasa kita... disini saya mahu berkongsi pengalaman saya makan nasi kandar di pulau pinang. seperti anda semua ,bila pertama kali saya pergi ke pulau pinang  teringin sangat nak makan nasi kandar beratur.. tapi ada dua tiga nasi kandar dengan nama sama pulak. selepas bertanya- tanya orang disana.. kami memutus untuk pergi ke nasi kandar beratur yang berada di jalan kapitan keling sebelah masjid india . Kami sedia maklum kedai itu akan buka pada pukul 10.00 malam sahaja. disebabkan nasihat orang ramai, kami pergi awal supaya tidak mahu berbaris lama.. sesudah sampai ke kawasan itu kami nampak kedai nasi kandar memang sudah buka dan ada orang beli makanan. jam kami baru menunjukan pukul 9.30 malam. maklumlah kami baru untuk kedai itu, ingatkan kedai dah buka awal setengah jam.. tapi yang peliknya kami tengok ramai duduk dibawah pokok tapi tak beratur seperti kami jangkakan.. Perut kami tak mahu kami berfikir lama, terus je ke kedai dan order makanan. harganya 12 ringgit.. agak mahal juga makanan itu bisik hati saya. tapi yang pedihnya makanan... tak sedap seperti disangkakan.. sudah membeli apa nak buat, itulah keluhan kami ketika makan... semasa kami tengah makan tiba- tiba kedai itu mengemaskan barang- barang dan ditempat sama makanan baru dibawah masuk.. dan sekelip mata sahaja orang -orang yang duduk di bawah pokok tadi mula berbaris... bila bertanya sebabnya baru rahsia terbongkar kedai yang tadi kami beli makanan itu bukan kedai nasi kandar beratur.. aduh... apa lagi ... lepaskan makanan ini separuh jalan dan potong trip di baris nasi kandar beratur... satu pengalaman yang saya tidak dapat lupa bila- bila masa..wakakaa.... wakaaa.. 

Inilah barisan yang betul untuk Nasi kandar beratur... 


adik menyuruh mendukung sebab lama menunggu di barisan 

inila kedai yang saya katakan membuka selepas buka selepas pukul 10 malam 

Akhinya dapat juga menikmati rasa nasi kandar beratur..memang harga murah berbanding yang sebelum dan rasa pula memang sedap sehingga menjilat jari...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan