Nak relax...
Mencari tempat yang romantik...?
Ingin bilik resort yang menghadap laut..?
Anda boleh menikmati segala ini di Resort Avillion ,Port Dikson. Resort ini terletak di Negeri Sembilan, Port Dikson. arkitek bangunannya akan mengingatkan kampung nelayan lama memang menarik perhatian . tempatya sunyi dan biliknya selesa. memang sesuai jika mahu relax bersama dengan orang yang tersayang. disebabkan saya tinggal di Kuala Lumpur, saya mahukan sebuah destinasi percutian yang tidak jauh dari kuala lumpur dan ia mesti dekat dengan pantai. selepad berunding dengan suami saya, kami memutus untuk ke avillion resort di Port Dikson. kami menempah bilik yang menghadap taman tetapi secara kebetulan bilik yang kami duduki dapat tengok juga pemandangan laut. untung kami rasa. harga bilik bagi semalam dalam lingkungan 400++. kami tinggal dua malam tiga hari.sarapan dipakejkan. jadi kami tak la bersusah payah untuk bersarapan. sarapan dihidangkan memang sedap dan kenyang. disebabkan kami tidak mahu kemana -mana kebanyakan masa kami luangkan masa kami di bilik dan di tepi pantai dan taman- taman sahaja.
ini burung merak.. sesiapa suka melihat burung merak anda bolehla ke resort avillion. sebab disini bukan sahaja anda boleh lihat tapi boleh sentun burung -burung. burung disini tak takut sebab dah terlalu biasa dengan pengujung.. ada juga masa burung ini masuk sampai ke meja buffet kita.. kena jaga- jaga ... |
ini bilik yang kami tinggal. memang besar bagi dua orang... tapi cukup selesa bagi pasangan.. bilik mandipun selasa dan ada peti sejuk dan hair dryer di bilik |
gambar ini diambil selepas sarapan pagi.. belakang saya adalah spa milik resort avillion.. besar dan memang servicenye bagus.. nak tahu lagi tentang resort ini...? anda boleh melayari di alamat avillionportdickson |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan