JomRelaxD'Malaysia
Pintu masuk ke Syurga... * Makanan yang meyelerakan * Suasana yang menyegarkan * Bangunan yang mengkagumkan * Budaya yang terunik... Segalanya di Malaysia...
Pilihan Bahasa
Sabtu, 5 Julai 2014
Genting Highland bersama kawan
Pernah pergi ke Las Vegas yang berada di Malaysia... pergilah genting highland anda mesti terasa seperti berada di mini Las Vegas. Tempat isthirat ini berada di pahang dan 35 km dari selangor. suasananya sejuk dan nyaman semamangnya akan memberi pengalaman yang indah kepada pengunjung. disebabkan ketinggian 2,000m, warga malaysia gemar datang ke sini semata -mata untuk menikmati cuaca seperti di Eropah ..
theme park genting highland dan casino antara paling digemari oleh pengunjung . inilah satu satu tempat judi yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia untuk beroperasi.. saya dan kawan saya pergi sempena harijadi saya ke genting, memang telah bermain puas-puas di theme park ...
minum kopi di Pizza hut memang sedap untuk cuaca sejuk |
tersilap naik keretapi ini..gerak macam kura- kura ..tapi masih seronok juga... |
Pirate ship yang menakutkan... memang laju ia mengayu... |
buat posing sementara tunggu untuk naik pirate ship |
mainan kanak- kanak mesti nak dicuba |
kawan saya dah pergi jauh tapi tak mengerti nak patah balik... |
menunjukkan peta map genting theme park... |
always safety first..menunggu untuk menaiki bot |
walaupun sejuk degil nak makan aiskrim juga... |
menunggu untuk flame ride... basah kuyup selepasnya.. |
bersedia untuk 'terbang' |
Pulau Besar; Besar kuasanya
Pulau besar di Melaka...
Ia bukan sebuah destinasi pelancongan semata- mata, malah ramai ke pulau itu dengan niat suci. sukar untuk saya gambarkan dengan perkataan tentang ketenangan dan kedamaian yang dapat saya rasakan ketika berada di pulau ini. terdapat beberapa tempat menarik di pulau ini. namun makam menjadi tarikkan utama pengunjung disini.
semuka makam- makan utama yang terdapat di pulau besar dilihat bersaiz panjang dan melebihi ukuran tinggi manusia. keadaan ini boleh disaksikan pada makam Sultan Ariffin, 7 Beradik Sharifah Rodziah, Tok putih dan lain- lain lagi.
Ada pelbagai cerita yang telah dikaitkan dengan saiz makan tersebut. bagaimanapun saiz tersebut tidak menjadi sesuatu yang pelik. ini kerana orang zaman dahulu memang suka memanjangkan saiz kubur seseorang yang mempunyai nama dalam masyarakat untuk menghargai jasanya dan juga untuk memudahkan genenasi akan datang mengenali mereka.
Untuk ke Pulau besar anda boleh menaiki feri dari jeti anjung batu atau menyewa bot laju di muara sungai umbai Melaka.
Penat jalan kaki ke jeti anjung..bas yang kami naiki berhenti dipersimpangan jalan masuk ke jeti. terpaksa jalan kaki ke dalam untuk menaiki feri |
mendukung barang untuk tinggal satu malam di pulau besar |
inilah jadual feri jeti anjung ke pulau besar |
antara feri yang membawa penumpang ke pulau besar |
kami menaiki bot semasa air surut.... boleh nampak cetek.. |
Kami menaiki bot untuk pergi ke pulau |
Pearl Higland pulau kegemaran saya
Pearl Highland atau pulau pinang merupakan antara destinasi popular di Malaysia. terdapat beberapa destinasi yang tidak patut ditinggalkan ketika melancong di pulau pinang. saya pernah ke pulau pinang beberapa kali untuk tujuan melancong dan bekerja. sedangkan pekerjaan saya berkaitan industri perfileman krew saya seringkali ke pulau pinang untuk merakam kecantikan pulau itu, bukan sahaja romentik tapi klasik dan unik dengan gaya tersendiri. antara tempat yang saya paling gemari adalah:
BUKIT BENDERA
Bukit Bendera ialah tempat paling popular di Penang di kalangan pelancong asing dan tempatan. Jika Kuala Lumpur ada KLCC sebagai ikon, Penang mempunyai Bukit Bendera sebagai tempat wajib tuju. Bukit yang
diteroka oleh *Francis Light sebagai tempat menanam strawberry dan sebagai tempat penjajah British melarikan diri dari kepanasan Penang ini bakal memberikan anda panorama Georgetown dalam iklim sejuk bukit.
Dengan suhu kira-kira 21 darjah Celcius, duduk minum kopi atau makan kacang putih di atas bukit sambil melihat kawasan bandar dan laut Penang memang melegakan.
Bukit Bendera ialah tempat paling popular di Penang di kalangan pelancong asing dan tempatan. Jika Kuala Lumpur ada KLCC sebagai ikon, Penang mempunyai Bukit Bendera sebagai tempat wajib tuju. Bukit yang
diteroka oleh *Francis Light sebagai tempat menanam strawberry dan sebagai tempat penjajah British melarikan diri dari kepanasan Penang ini bakal memberikan anda panorama Georgetown dalam iklim sejuk bukit.
Dengan suhu kira-kira 21 darjah Celcius, duduk minum kopi atau makan kacang putih di atas bukit sambil melihat kawasan bandar dan laut Penang memang melegakan.
Disini terdapat juga satu kuil india. kami sempat mengkunjungi kuil ini. kuil ini bukan sahaja sebuah tempat ibadat tapi terdapat sejarah yang menarik disebaliknya. |
Harimau Cergas- tapir Malas Di ZOO Melaka
Harimau Cergas -Tapir Malas....
Nak tahu dimana.... ZOO Melaka... ya..!!! itula tempatnya anda boleh lihat gelagat haiwan ini. bukan dua ini sahaja tetapi pelbagai haiwan boleh dilihat di Zoo Melaka. Pada November lalu kami sekeluarga menziarahi abang kandung saya yang tinggal di Melaka. dah lama kami sekeluarga tidak keluar bersama..jadi kami rancang nak ke Zoo Melaka.. Dengarnya Zoo Melaka memang cantik dan haiwan semua comel. selepas perancangan dah dipersetujui semua ahli keluarga, kami bertolak dari Jasin Melaka ke Zoo Melaka yang berada di Jalan Hang Tuah Jaya, Ayer Keroh, Melaka. Nasib baik kawan baik abang saya kerja di zoo jadi kami minta dia belikan tiket dahulu. Malas nak beratur....
kami sampai disana kira -kira pukul 10.30 padi . selepas turunya tiket sudah ada di tangan kami...he..he jimat masa rasanya... Harganya tak la mahal sangat dewasa RM 15 dan kanak- kanak RM 6. dapat je tiket kami anak- anak semua terlalu teruja nak masuk ke zoo. burung kakak tua hinggala singga semua dapat dilihat..memang seronok... ini dia gambar- gambar yang kami ambil di zoo...
Dah turun dari kereta je pandai berposing... ha..ha . Zoo Melaka ini senang dapat parking.. tak payah la kita tunggu lama- lama. memang tempat parking luas dan selamat.. |
Candit shoot namanye.. memang warna warni sungguh bulu dia.. cantikkan.... |
Ini tapir yang ajin sedikit.. tengah mandi di kolam mandi persendirian dia. tah hirau langsung tentang pelancong.. sempat ambil gambar dia bila naikkan muka di ke permukaan air. |
Ini dia tapir Malas yang saya katakan tadi.. memang tak bangun -bangun langsung..anak -anak kami memang nak bangunkan dia mahu baling batu pulak..nasib baik ditahankan oleh emak kami. |
saya pun tak pasti nama haiwan kerdil ini..kecil sangat..tapi comel.. susah nak ikut gerak geri dia ... |
ini kami panggil kancil tapi ade tanduk pula... mungkin keluarga kancil tapi ada nama tambahan lagi ... sempat juga tangkap gambar binatang ini.. |
ini dia Harimau yang rajin.. nasib kami baik ..sebab dapat tengok harimau.katanya ada masa tertentu dia akan keluar kandang.. |
macam buat fasion show harimau ini... nampak garang tapi pelancong tak paya takut kerana kita akan lihat dari bilik kaca yang selamat.. tapi ingat dilarang ketuk kaca tersebut.. |
memang nampak ganas harimau bintang ini... dia pun tumpang dengan harimau tau.. |
rehat seketika selepas makanan tengahari... tempat tinggal dia memang klasik... |
kami pun nak jadi harimau..he..he .. ambil gambar dengan sepupu saya...gambar ini free je.. tak de caj.. seronokan.. |
dah tangkap gambar bila tengak romentik ... haiwan ini tak tahan panas.. sekejap di darat..sekejap di air pulak.. |
saya memang tak suka buaya.. jadi tak la luangkan banyak masa tengok buaya ini.. sempat ambil gambar je pecut ke tempat lain.. |
Memang seronok lawatan zoo melaka.. kalau dapat peluang nak pergi sekali lagi.....
Jumaat, 4 Julai 2014
Sepatah dua kata...
Salam bahagia kawan- kawan semua !!!
Terima kasih kerana melayari blog saya. blog jomRelaxD'Malaysia adalah sebuah blog yang akan berkongsi pengalaman dan informasi mengenai pusat pelancongan di Malaysia. di sini saya akan berkongsi maklumat yang saya terima melalui pengalaman sendiri, pengalaman kawan serta informasi yang terdapat dalam internet.
Seperti anda semua sedia maklum Malaysia memang sebuah destinasi yang kaya dari kepelbagaian alam semula jadi,makanan dan tradisi. tanpa melengah -lengah jom kita belayar ke dalam blog bagi mencari
syurga .......
Selasa, 24 Jun 2014
Avilion Resort Di Port Dikson
Nak relax...
Mencari tempat yang romantik...?
Ingin bilik resort yang menghadap laut..?
Anda boleh menikmati segala ini di Resort Avillion ,Port Dikson. Resort ini terletak di Negeri Sembilan, Port Dikson. arkitek bangunannya akan mengingatkan kampung nelayan lama memang menarik perhatian . tempatya sunyi dan biliknya selesa. memang sesuai jika mahu relax bersama dengan orang yang tersayang. disebabkan saya tinggal di Kuala Lumpur, saya mahukan sebuah destinasi percutian yang tidak jauh dari kuala lumpur dan ia mesti dekat dengan pantai. selepad berunding dengan suami saya, kami memutus untuk ke avillion resort di Port Dikson. kami menempah bilik yang menghadap taman tetapi secara kebetulan bilik yang kami duduki dapat tengok juga pemandangan laut. untung kami rasa. harga bilik bagi semalam dalam lingkungan 400++. kami tinggal dua malam tiga hari.sarapan dipakejkan. jadi kami tak la bersusah payah untuk bersarapan. sarapan dihidangkan memang sedap dan kenyang. disebabkan kami tidak mahu kemana -mana kebanyakan masa kami luangkan masa kami di bilik dan di tepi pantai dan taman- taman sahaja.
ini burung merak.. sesiapa suka melihat burung merak anda bolehla ke resort avillion. sebab disini bukan sahaja anda boleh lihat tapi boleh sentun burung -burung. burung disini tak takut sebab dah terlalu biasa dengan pengujung.. ada juga masa burung ini masuk sampai ke meja buffet kita.. kena jaga- jaga ... |
ini bilik yang kami tinggal. memang besar bagi dua orang... tapi cukup selesa bagi pasangan.. bilik mandipun selasa dan ada peti sejuk dan hair dryer di bilik |
gambar ini diambil selepas sarapan pagi.. belakang saya adalah spa milik resort avillion.. besar dan memang servicenye bagus.. nak tahu lagi tentang resort ini...? anda boleh melayari di alamat avillionportdickson |
Langgan:
Catatan (Atom)