Pilihan Bahasa

JOM MELANCONG DI SABAH...

JOM MELANCONG DI SABAH...
Click digambar untuk mengetahui Sabah lebih lanjut

Selasa, 24 Jun 2014

Avilion Resort Di Port Dikson

Nak relax...
Mencari tempat yang romantik...?
Ingin bilik resort yang menghadap laut..?


Anda boleh menikmati segala ini di Resort Avillion ,Port Dikson. Resort ini terletak di Negeri Sembilan, Port Dikson. arkitek bangunannya akan mengingatkan kampung nelayan lama memang menarik perhatian . tempatya sunyi dan biliknya selesa. memang sesuai jika mahu relax bersama dengan orang yang tersayang. disebabkan saya tinggal di Kuala Lumpur, saya mahukan sebuah destinasi percutian yang tidak jauh dari kuala lumpur dan ia mesti dekat dengan pantai. selepad berunding dengan suami saya, kami memutus untuk ke avillion resort di Port Dikson. kami menempah bilik yang menghadap taman tetapi secara kebetulan bilik yang kami duduki dapat tengok juga pemandangan laut. untung kami rasa. harga bilik bagi semalam dalam lingkungan 400++. kami tinggal dua malam tiga hari.sarapan dipakejkan. jadi kami tak la bersusah payah untuk bersarapan. sarapan dihidangkan memang sedap dan kenyang. disebabkan kami tidak mahu kemana -mana kebanyakan masa kami luangkan masa kami di bilik dan di tepi pantai dan taman- taman sahaja.


Resort ini memang ada taman haiwan secara kecil -kecilan. ini adalah salah satu arnab yang sempat saya tangkap. pengunjung resort ini suka sangat tengok binatang kerdil ini.... bukan arnab sahaja ayam, burung merpati pun ada.. memang rasa macam tinggal di istana...

ini burung merak.. sesiapa suka melihat burung merak anda bolehla ke resort avillion. sebab disini bukan sahaja anda boleh lihat tapi boleh sentun burung -burung. burung disini tak takut sebab dah terlalu biasa dengan pengujung.. ada juga masa burung ini masuk sampai ke meja buffet kita.. kena jaga- jaga ...

ini bilik yang kami tinggal. memang besar bagi dua orang... tapi cukup selesa bagi pasangan.. bilik mandipun selasa dan ada peti sejuk dan hair dryer di bilik



gambar ini diambil selepas sarapan pagi.. belakang saya adalah spa milik resort avillion.. besar dan memang servicenye bagus..

nak tahu lagi tentang resort ini...? anda boleh melayari di alamat avillionportdickson

Sabtu, 21 Jun 2014

Nasi Kandar Pulau Pinang

Kenal Pulau Pinang..mesti kenal dengan Nasi Kandar... Nasi Kandar tidak memerlukan pengenalan lagi.. entah rahsia apa..memang di penang Nasi kandar sedap sehingga menjilat jari.. tapi  ingat bukan semua nasi kandar di penang sedap.. kita kena pandai pilih kedai mengikut citarasa kita... disini saya mahu berkongsi pengalaman saya makan nasi kandar di pulau pinang. seperti anda semua ,bila pertama kali saya pergi ke pulau pinang  teringin sangat nak makan nasi kandar beratur.. tapi ada dua tiga nasi kandar dengan nama sama pulak. selepas bertanya- tanya orang disana.. kami memutus untuk pergi ke nasi kandar beratur yang berada di jalan kapitan keling sebelah masjid india . Kami sedia maklum kedai itu akan buka pada pukul 10.00 malam sahaja. disebabkan nasihat orang ramai, kami pergi awal supaya tidak mahu berbaris lama.. sesudah sampai ke kawasan itu kami nampak kedai nasi kandar memang sudah buka dan ada orang beli makanan. jam kami baru menunjukan pukul 9.30 malam. maklumlah kami baru untuk kedai itu, ingatkan kedai dah buka awal setengah jam.. tapi yang peliknya kami tengok ramai duduk dibawah pokok tapi tak beratur seperti kami jangkakan.. Perut kami tak mahu kami berfikir lama, terus je ke kedai dan order makanan. harganya 12 ringgit.. agak mahal juga makanan itu bisik hati saya. tapi yang pedihnya makanan... tak sedap seperti disangkakan.. sudah membeli apa nak buat, itulah keluhan kami ketika makan... semasa kami tengah makan tiba- tiba kedai itu mengemaskan barang- barang dan ditempat sama makanan baru dibawah masuk.. dan sekelip mata sahaja orang -orang yang duduk di bawah pokok tadi mula berbaris... bila bertanya sebabnya baru rahsia terbongkar kedai yang tadi kami beli makanan itu bukan kedai nasi kandar beratur.. aduh... apa lagi ... lepaskan makanan ini separuh jalan dan potong trip di baris nasi kandar beratur... satu pengalaman yang saya tidak dapat lupa bila- bila masa..wakakaa.... wakaaa.. 

Inilah barisan yang betul untuk Nasi kandar beratur... 


adik menyuruh mendukung sebab lama menunggu di barisan 

inila kedai yang saya katakan membuka selepas buka selepas pukul 10 malam 

Akhinya dapat juga menikmati rasa nasi kandar beratur..memang harga murah berbanding yang sebelum dan rasa pula memang sedap sehingga menjilat jari...




Makanan di Kuala Lumpur